Tuesday, September 11, 2007

Kajadian Yang Tidak Ingin Kita Lihat

Peristiwa hitam dalam negara kita berulang lagi. Setelah sekian lama kita tidak mendengar tentang kejadin tembak sesama sendiri, minggu ini berlaku kejadian yang tidak diingini di Bau Buruk, Kuala Terengganu. Sebagai penduduk Malaysia amnya dan warga Terengganu, saya cukup terkilan hal ini berlaku lagi walaupun tidak seburuk di Memali.
Walaupun mungkin ada kesilapan yang dilakukan oleh penunjuk-penunjuk perasaan, pihak polis tidak sepatutnya melepaskan tembakan dengan senjata yang dimiliki apatah lagi menggunakan peluru hidup terhadap penunjuk-penunjuk perasaan tersebut. Ini telah menunjukkan pihak polis tidak profesionalisme dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Ini jauh sekali jika nak dibandingkan dengan pihak polis di luarnegara yang lebih banyak bertolak ansur terhadap penunjuk-penunjuk perasaan yang di lakukan secara aman.
Satu perkara lagi, jika dibuat kajian yang lebih terperinci, keapa mereka berindak menunjuk perasaan di jalan-jalan raya pada ketika itu? Apakah kerana permit yang tidak diluluskan ataupun ada agenda yang tidak tertulis. Pada pandangan saya, jika permit yang dipohon tidak diluluskan dan ianya dimaklumkan lebih awal oleh pihak polis, mungkin kejadian ini boleh dielakkan. Lagipun, apalah salahnya diberikan permit untuk pihak pembangkang mengadakan ceramah meraka kepada umum berbanding dengan Kerajaan Barisan Nasional yang mempunyai pelbagai media yang lebih berpengaruh untuk menyampaikan mesej mereka. Dan jika kita lihat rekod-rekod pihak pembangkang semasa mengadakan ceramah-ceramah mereka, jarang sekali berlaku perkara-perkara yang tidak diingini kecuali ada gangguan pihak luar.
Seperkara lagi, isu ini berlaku tak kala selepas pihak polis gagal untuk mengatasi masalah penternak-penternak babi di Melaka. Ini jelas sekali menunjukkan double standard oleh pihak polis terhadap rakyat. Apa-apa pun alasan yang diberikan oleh pihak polis dan juga menteri-menteri, jelas kepada kita ketidakadilan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.
Oleh itu marilah kita mengambil pengajaran dari kejadian ini agar ianya tidak akan berulang lagi. Semoga Allah memberikan kebenarannya. Amin.

Kejadian Yang Tak Ingin Kita Lihat/Dengar